Bencana awal tahun 2006

Kita baru saja memasuki tahun baru 2006. Bencana kembali datang. Setelah kejadian banjir di utara semennajung dan pantai timur reda, musibah datang lagi betubi-tubi. Kematian akibat kemalangan jalan raya semasa menyambut tahun baru merupakan peristiwa yang tragis.

Di Makkah, hotel Ar-Rayahin di kawasan Syib Amir, runtuh pada Khamis (5/1) usai solat Zuhur, sekitar pukul 13.30 waktu setempat (18.30 waktu Malaysia). Setakat ini Maj. Gen. Mansour Al-Turki, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Saudi, mengumumkan bahawa 76 orang (48 lelaki & 28 perempuan) disahkan terkorban, manakala 62 yang lain cedera. Demikian dilaporkan Arabnews.com

Utusan Malaysia melaporkan, empat jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan terkorban dalam kejadian hotel runtuh di Jalan Jundaria kawasan Al Ghazzah dekat Masjidil Haram di sini Khamis lalu.

Hotel tersebut berada di pinggir Jalan Gaza atau di samping Masjid Kucing, Pasar Seng, sekitar 150 meter dari Masjidil Haram. Hotel itu berdampingan dengan Hotel Al-Najd dan Hotel Al-Ziadi Al Gaza yang dihuni banyak jemaah dari Turki dan Malaysia.

Ibrahim, jemaah Malaysia yang berada sekitar 50 meter dari lokasi saat hotel runtuh, menuturkan di sepanjang jalan memang banyak jamaah yang baru pulang menunaikan shalat Dzuhur. ”Tiba-tiba hotel itu runtuh dan menimpa orang-orang yang ada di bawahnya,” kata Ibrahim dengan mata berkaca-kaca kepada Republika.

Terbakar, Lalu Runtuh Hotel Ar-Rayhan yang runtuh selepas solat Zuhur, Kamis (5/1), berada di kawasan Syib Amir, Makkah, tak jauh dari Masjidil Haram. Jaraknya cuma ratusan meter.

Lokasi hotel tersebut juga amat dekat dengan pasar yang di kalangan jamaah haji Indonesia popular dengan sebutan Pasar Seng. Agak jauh dari sana, terdapat rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang disebut Maktabah Al Muqarramah. Rumah tempat kelahiran Rasulullah kini dijadikan Perpustakaan Makkah, karena Pemerintah Arab Saudi tidak ingin lokasi itu ‘dipuja’ umat Islam.

Seorang saksi, jamaah haji Perancis bernama Abderrahmane Ghoul, mengatakan, mula-mula hotel tersebut terbakar dan berhasil dipadamkan melalui semburan air yang diangkut sebuah helikopter. Namun, tak lama kemudian, bangunan itu runtuh.

Seorang petugas Sub-Daerah Kerja (Daker) 3 Makkah yang berada di kawasan itu mengaku mendengar suara dentuman keras –seperti ada gempa bumi– saat hotel berlantai tujuh itu runtuh. Kepala Daker Makkah, Zainal Abidin Supi, dan sejumlah petugas Daker langsung menuju lokasi untuk memastikan apakah ada jamaah Indonesia yang menjadi korban.

Raungan sairin kereta polis dan ambulans di sekitar pejabat Daker Makkah terus terdengar bersahutan. Jalan-jalan menuju kawasan Syib Amir segera ditutup aparat keamanan, begitu musibah itu terjadi. Petugas Haji Indonesia yang berada di sekitar lokasi kejadian menyaksikan terdapat sejumlah orang terluka namun sulit mengetahui asal negara. Lokasi itu pun dijaga ketat aparat keamanan sehingga sukar didekati.

***

Rabu (4/1), sekitar 200 orang dikhawatirkan tewas terkubur dalam musibah tanah longsor 9runtu) di Desa Cijeruk, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah. Senin (2/1) 57 orang juga tewas dalam musibah banjir bandang, disertai longsoran lumpur, di Jember, Jawa Timur.

Inilah buah dari kerosakan lingkungan (persekitaran), akibat kerakusan ummat manusia. Sudah waktunya, pihak yang bertanggungjawab bertindak tegas atas pelaku pemusnahan hutan.

***

Dua polis tewas di Thailand Selatan, Sabtu dan sebuah bom mencederai tiga orang termasuk seorang warga Malaysia, dalam serangan terbaru di wilayah berpenduduk majoriti Muslim itu, kata polis.

Kedua polis itu sedang bertugas di sebuah pasar di propinsi Yala, Thailand selatan ketika dua pria bersenjata melepaskan tembakan, menewaskan kedua perwira itu dan mengambil senjata mereka, kata seorang pejabat polisi.

Dalam insiden lain, tiga, termasuk seorang ahli perniagaan Malaysia, cedera setelah sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah kedai makan di Lorong Satu, Jalan Masjid Besar, Sungai Golok, hari ini (Sabtu).

Kejadian pada kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan (8.00 pagi waktu Malaysia) itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan tidak dikenali bagi menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Ribuan orang dipindahkan di daerah-daerah San Francisco setelah hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir, kata para pegawai, Minggu

Hujan lebat yang terjadi Sabtu malam (31/12) di utara San Francisco, terutama di daerah-daerah Napa dan Sonoma, menyebabkan beberapa sungai meluap, yang memaksa penduduk yang tinggal di tempat rendah mengungsi, kata Dale Chessey, jurubicara badan darurat.

Cina telah mengerahkan sebanyak 1300 petugas untuk memadamkan kebakaran di kaki Gunung Everest, yang masih berkobar tak terkendali enam hari setelah pertama kali api menyala, demikian laporan media pemerintah Sabtu.

Kebakaran tersebut telah melahap habis semua yang ada di daerah terpencil di kabupaten Tingri, Tibet, hanya empat kilometer dari hutan perawan yang tak ternilai harganya di suaka alam Yang, demikian laporan agensi berita rasmi Cina, Xinhua.

Sementara itu korban gempa di Pakistan masih terus mengharapkan bantuan. Mereka menderita dalam kesejukan dan serba kekurangan.

Ariel Sharon yang bertanggungjawab atas pembantaian kem pelarian Paletin di Sabra dan Shatila, Lubnan pada tahun 1982 dulu masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan kerana pendarahan di otak. Ketika itu Sharon memegang jawatan Menteri Pertahanan Israel.

Harap-harap akan kedengaran berita penjenayah Sabra dan Shatila bakal menyertai nenek moyangnya,” Ahmadinejad dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Penuntut Iran (ISNA).

Sharon, 77 yang jatuh nazak selepas mengalami pendarahan teruk dalam otak semalam terpaksa dibedah lagi selepas doktor mengesan pendarahan baru.

Bagaimanapun, media rasmi Iran termasuk radio dan televisyen kerajaan tidak melaporkan kenyataan Ahmadinejad mengenai Sharon.

Harap-harap penjenayah lain seperti dia akan turut menyertainya,” ISNA memetik Ahmadinejad sebagai memberitahu sekumpulan ulama di Qom, bandar raya yang terletak kira-kira 128 kilometer ke selatan Teheran.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s